马来西亚对外贸易发展局(MATRADE)与马来西亚商会暨全球化企业协会就中国RCEP国家馆中的马来西亚馆进行访问与会晤

2025年5月7日,马来西亚商会暨全球化企业协会(Malaysian Chamber of Commerce and Globalization Business,简称MCCGB)主席Jeffrey Lau先生与副主席一同对马来西亚对外贸易发展局(Malaysia External Trade Development Corporation,MATRADE)进行了正式访问并举行了战略会议。

此次访问旨在加强MCCGB与MATRADE之间的合作,特别是就马来西亚积极参与设在中国的RCEP国家馆进行讨论。会议的重点是RCEP马来西亚馆,该馆有望成为马来西亚企业以更一体化、更具影响力的方式,向RCEP成员国展示其产品和服务的重要平台。

在会议中,MCCGB重申其承诺,支持协调与协助马来西亚企业,特别是中小企业,通过该展馆所提供的机会拓展国际市场。

MCCGB主席强调,政府机构与私营部门之间的紧密合作,对于充分利用RCEP协定所带来的机遇,并在亚太地区战略性地塑造马来西亚品牌至关重要。

MCCGB对MATRADE的热情接待与对马来西亚全球商业拓展倡议的持续支持,表示诚挚的感谢。

 

Pada 7 Mei 2025, Presiden Malaysian Chamber of Commerce and Globalization Business (MCCGB), Encik Jeffrey Lau, bersama Naib Presiden MCCGB telah mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat strategik dengan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh usaha kerjasama antara Malaysian Chamber of Commerce and Globalization Business (MCCGB) dan MATRADE, khususnya dalam membincangkan penyertaan aktif Malaysia dalam RCEP Country Pavilion yang terletak di China. Fokus utama mesyuarat ini adalah RCEP Malaysia Pavilion, yang dijangka menjadi platform penting bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh negara anggota RCEP secara lebih bersepadu dan berimpak.

Dalam perbincangan tersebut, Malaysian Chamber of Commerce and Globalization Business (MCCGB) telah mengulangi komitmennya untuk menyokong penyelarasan dan pemudahcaraaan usahawan serta syarikat-syarikat Malaysia—terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS)—untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui peluang yang ditawarkan oleh pavilion ini.

Presiden MCCGB menekankan betapa pentingnya kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta bagi memanfaatkan sepenuhnya manfaat daripada perjanjian RCEP, serta meletakkan jenama Malaysia secara strategik di rantau Asia-Pasifik.

MCCGB merakamkan penghargaan tulus kepada MATRADE atas sambutan mesra dan sokongan berterusan terhadap inisiatif pengembangan perniagaan global Malaysia.

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn
Pinterest